Friday, January 8, 2010


Keunikan Kampung Di Jempol

Jempol adalah salah satu daerah yang terdapat di Negeri Sembilan.

Terletak kira-kira 40km dari bandar Seremban dan 25km dari daerah Kuala Pilah. Terdapat 4 DUN di dalam daerah Jempol iaitu DUN Serting, Palong, Jeram Padang & Bahau.



Dan mempunyai lebih kurang 33 buah kampung di dalam daerah Jempol. Antaranya Kg. Lonek, Kg. Kuala Sialang, Kg. Gajah Mati dan Kg. Bukit Perah yang terletak di dalam DUN Bahau.



Terdapat air terjun di Jeram Tengkek, Batu Kikir

Masyarakat di Kampung-kampung dalam kawasan Bahau menyara kehidupan dengan menanam padi.


Manakala di DUN Palong terdapat Kg. Felda Palong 3, Palong 4, Palong 5, Palong 6 dan Kg. Jeram Panjang. Hasil getah dan dusun buah-buahan adalah sumber ekonomi bagi penduduk di kampung tersebut serta Kg. Sri Rompin terletak di DUN Jeram Padang. Dan Kg. Bayai terletak di DUN Serting.








Salah satu Mercu tanda yang terdapat di Kg. Felda Palong 3.